Lenovo perkenal PC saiz meja kopi

Bagi menyatukan ahli keluarga yang selalunya membuat hal masing-masing dengan PC atau tablet berasingan di rumah, Lenovo akan memperkenalkan komputer peribadi (PC) bersaiz meja kopi yang berfungsi seperti tablet gergasi dan membolehkan empat orang menggunakannya serentak.

Lenovo Group Ltd, antara pembuat PC terbesar dunia, menggelarkan IdeaCentre Horizon Table PC sebagai komputer interpersonal pertama.
Sekali pandang, ia kelihatan seperti mesin semua-dalam-satu biasa seperti iMac, iaitu dengan skrin 27 inci bersama Windows 8 dan ia boleh diletakkan secara menegak di atas meja.


Boleh letak di lantai

Namun, anda boleh meletakkannya di lantai untuk bermain permainan Monopoly. Ia cukup besar untuk memuatkan empat orang di sekitarnya, dan skrin boleh bertindak balas dengan 10 jari menyentuh pada masa yang sama.

Sebagai tablet, ia boleh dianggap ganjil. Skrinnya bersamaan dengan saiz lapan iPads yang disambungkan dan seberat 6.8 kilogram. Ia seolah-olah sama seperti TV berskrin rata.

Pada demonstrasi di CES, gambar dan video boleh diputarkan dengan jari. Penyebaran lima jari serentak pada skrin membersihkan paparan berselerak manakala dengan menguncupkan kelima-lima jari akan mengembalikan paparan gambar dan video semula.
Dijual pada musim panas

Lenovo, syarikat China yang memiliki perniagaan PC IBM Corp, berkata PC Meja itu akan dijual bermula musim panas ini pada harga AS$1,699.

Microsoft Corp mempelopori idea PC meja dengan Surface, iaitu PC dengan skrin sentuh 30-inci yang dikeluarkan pada 2008.

Ia direka untuk pemaparan store dan aplikasi komersial lain.

Konsep itu kini dikenali sebagai PixelSense, kerana Microsoft mula menggunakan nama Surface bagi komputer tidak berkaitan tablet pada tahun lalu.

Baru-baru ini, Sony Corp mengeluarkan Tap 20, PC dalam satu yang juga boleh diletakkan secara rata.

Bagaimanapun, ia adalah lebih kecil daripada model Lenovo dan tidak mempunyai perisian berorientasikan meja yang lebih banyak seperti PC Meja.

Popular posts from this blog

Kode Singkatan Komponen Listrik Dan Elektronik

Cara Mengatasi E31 Canon MP258

Cara Mengukur Trimpot