Huawei bakal lancar telefon paling nipis

Huawei bakal lancar telefon paling nipis
Ascend P6

Syarikat telekomunikasi China, Huawei akan melancarkan telefon pintar baru Selasa depan bagi meningkatkan saingan kepada pemain utama industri seperti Apple dan Samsung.
Huawei akan memperkenalkan Ascend P6 di London dalam satu daripada pelancaran telefon pintar terbesarnya tahun ini, kata jurucakap Huawei Roland Sladek.


Langkah berkenaan adalah penting kerana ia menandakan pelancaran global yang dibuat di luar negara asal Huawei, China dan ia akan menjadi acara persendirian, bukan lagi seperti pelancaran terdahulu yang dibuat pada pameran perdagangan industri, katanya.

Telefon berkenaan direka dengan sangat baik, dan ia adalah satu antara telefon paling nipis di dunia, kata Sladek.

Sudah pasti ia akan bersaing dengan Apple tetapi ia lebih daripada itu kerana peranti ini akan mencari pengguna yang mahukan sesuatu yang bergaya dan moden, katanya.

Samsung dari Korea Selatan adalah peneraju pasaran telefon pintar di China dalam tempoh berkenaan dengan 17.3 peratus, menurut data berkenaan.

Popular posts from this blog

Kode Singkatan Komponen Listrik Dan Elektronik

Cara Mengatasi E31 Canon MP258

Cara Mengukur Trimpot