Sony Xperia Z buka tempahan

Sony Xperia Z buka tempahan Sony Xperia Z
New York: Tablet ternipis dunia, Sony Xperia Z, yang juga adalah tablet Android paling kalis air dan habuk kini boleh ditempah bagi penghantaran Jun depan.

Diperkenalkan Januari lalu tetapi ditangguhkan pelancarannya, tablet 10 inci ini menggunakan kepantasan pemproses empat teras yang dimantapkan dengan 2GB RAM, paparan penuh HD dan slot MicroSD bagi penstoran luaran.
Ia juga sedia untuk mengguna pakai teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) dan evolusi jangka panjang Generasi Keempat (4G LTE) untuk membolehkan pembayaran tanpa wayar dilakukan dan dihubungkan dengan internet mudah alih berkelajuan tinggi.


Tablet yang boleh didapati dalam dua warna, hitam atau putih, adalah produk terkini menyusuli falsafah reka bentuk lebih minimum yang diamalkan Sony selama ini.

Sungguhpun ringan, hanya 495 gram, ia padu dan lasak. Ia boleh tenggelam sedalam satu meter hingga 30 minit tanpa sebarang masalah.

Sony mendakwa pra-tempahan peranti itu memecahkan semua rekod Sony sebelum ini.

Syarikat itu belum mengeluarkan senarai harga rasmi peranti itu tetapi sebaliknya meminta mereka yang berminat untuk membuat semakan di kedai Sony untuk mendapatkan perincian.
Bagaimanapun, versi 16GB dengan wi-fi dijangka dijual sekitar €450 (RM1,800) seunit dan versi 32GB pula €550 (RM2,200) seunit

Popular posts from this blog

Kode Singkatan Komponen Listrik Dan Elektronik

Cara Mengatasi E31 Canon MP258

Cara Mengukur Trimpot