Sony dedah keupayaan, fungsi PS4

Sony semalam mendedahkan fungsi dan keupayaan yang bakal ada pada konsol permainan terbarunya, PlayStation 4, namun begitu syarikat berkenaan masih belum menunjukkan rupa bentuk konsul berkenaan.

Ini adalah kali pertama gergasi elektronik Jepun itu mendedahkan tentang konsol permainan yang bakal dilancarkan itu, yang mana akan mula dijual pada penghujung tahun ini.
Namun begitu, Sony masih belum mendedahkan rupa bentuk peranti itu pada majlis pembentangan mengenai fungsi konsol baru itu selama dua di sini semalam.


“Saya tidak tahu bagaimana rupa bentuk konsol itu akan memberikan impak dramatik kepada peminatnya. Namun, dari segi warna dan saiz ia setanding dengan konsol sebelumnya,” kata Jack Tretton, Ketua Eksekutif Sony Computer Entertainment of America, sayap perniagaan PlayStation berpangkalan di AS.

Tretton berkata, harga PS4 belum diputuskan, namun memberi gambaran ia tidak semahal PS3.
PS3 diperkenalkan pada 2006 dengan dua model berharga AS$500 (RM1,550) dan AS$600 (RM1,850). Konsol itu kini dijual pada harga AS$300 (RM930).

PS4 terdesak untuk meraih perhatian ramai pada penghujung tahun ini, khususnya apabila Microsoft berjaya dengan konsol Xbox.
Butiran lanjut berkenaan PS4 dijangka diumumkan pada Jun.

Xbox 360 diperkenalkan setahun sebelum PS3 dilancarkan dan menjadi lebih popular berikutan perkembangan perkhidmatan dalam talian, Xbox Live yang membolehkan orang ramai bermain secara dalam talian.

Beberapa penganalisis berkata, kekurangan butiran membuatkan ia sukar ditentukan sama ada Sony mampu berdaya saing dengan PS4.

Saham syarikat yang berpangkalan di AS susut 2.6 peratus pada sesi dagangan tengahari pada Khamis.

Penganalisis di Jefferies & Co yang menyifatkan pengumuman itu sebagai “”tidak menarik” berkata, ia bukan satu keperluan.

Kejayaan akan bergantung kepada butiran lanjut daripada Sony dan pesaingnya Microsoft dengan Xbox, kata firma penganalisis dalam nota penyelidikan pada Khamis.

Sony mendedahkan fungsi PS4 akan menjadi “komputer peribadi termaju” sama seperti Xbox yang mana ia akan memudahkan pembangun mencipta permainan

Popular posts from this blog

Kode Singkatan Komponen Listrik Dan Elektronik

Cara Mengatasi E31 Canon MP258

Cara Mengukur Trimpot