Piala Konfederasi: Neymar raih anugerah Bola Emas

Piala Konfederasi: Neymar raih anugerah Bola Emas 
 
 PEMAIN Brazil, Neymar, diapit rakan senegara, Paulinho dan Andres Iniesta (Sepanyol), masing-masing memegang trofi Bola Emas, Gangsa dan Perak selepas muncul Pemain Terbaik Kejohanan. - Foto AP
RIO DE JANEIRO: Neymar merangkul anugerah Bola Emas apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala Konfederasi, sebentar tadi.

Penyerang Brazil itu menjaringkan gol dalam empat daripada lima perlawanan kejohanan berkenaan termasuk satu ketika mereka menang 3-0 ke atas Sepanyol pada aksi final.
Selain itu, pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta meraih Bola Perak dan pemain tengah Brazil, Paulinho pula mendapat Bola Gangsa.


Sementara itu, penyerang Sepanyol, Fernando Torres menggongol anugerah Kasut Emas hasil lima gol yang dijaringkan manakala penyerang Brazil, Fred mendapat Kasut Perak juga dengan lima gol tetapi jumlah minit bermain lebih banyak. Neymar menjaringkan empat gol untuk meraih Kasut Gangsa.

Tidak ketinggalan, penjaga gawang Brazil, Julio Cesar dipilih sebagai pemenang Sarung Tangan Emas dan Sepanyol dipilih pemenang anugerah Fair Play.

Popular posts from this blog

Kode Singkatan Komponen Listrik Dan Elektronik

Cara Mengatasi E31 Canon MP258

Cara Mengukur Trimpot