Skip to main content

Panasonic sasar kuasai pasaran

 Panasonic sasar kuasai pasaran  
Yosuke Matsunaga (kiri) bersama Chee Chung ketika pelancaran produk Panasonic Lumix di Hotel Aloft, Sentral Kuala Lumpur.
Panasonic Malaysia Sdn Bhd menyasar untuk meningkatkan penguasaan pasaran dalam segmen kamera tanpa cermin keluarannya melebihi 20 peratus tahun ini daripada 19 peratus pada tahun lalu.

Pengarah Pemasarannya, Hidekazu Sasaki, berkata peningkatan itu dijangka didorong oleh pelancaran rangkaian kamera Lumix terbaru, Lumix G.
Katanya, rangkaian kamera Lumix G direka khas bagi memenuhi keperluan dan cita rasa golongan wanita yang sentiasa aktif bergerak.


Terdapat beberapa jenis model bagi rangkaian Lumix G iaitu GF6-K, GF6-X, GF6-W, G6 serta LF1 dan semua kamera berkenaan dilengkapi dengan pelbagai inovasi baru serta ciri-ciri berkualiti tinggi bagi memberikan pengalaman fotografi yang menyeronokkan.

Kami berpendapat kamera seharusnya menjadi satu kaedah mudah untuk merakamkan pemandangan serta memori indah sambil menjalankan aktiviti harian.

Terus perkenal model baru

Bagi pihak Panasonic, kami akan terus memperkenalkan kamera baru yang dipertingkatkan kepada pengguna di negara ini bagi menepati aliran pengguna kamera yang sentiasa berubah, katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kamera berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Urusannya, Yosuke Matsunaga serta Timbalan Pengarah Urusan, Cheng Chee Chung.

Siri Lumix G itu boleh didapati di pasaran pada Julai ini. Harga jualan bagi model GF6-K adalah RM1,999, model GF6-X, RM2,399 dan GF6-W ditetapkan pada RM2,599 manakala harga jualan bagi model G6 dan LF1 masih belum ditetapkan.

Sementara itu, Matsunaga berkata model GF6 dilengkapi dengan ciri Venus Engine yang berupaya untuk menahan bunyi bising frekuensi rendah tanpa mengurangkan ketajaman gambar yang dirakamkan.

Popular posts from this blog

Kode Singkatan Komponen Listrik Dan Elektronik

Cara Mengatasi E31 Canon MP258

Cara Mengukur Trimpot