Microsoft lancar Xbox One
Konsol permainan

Microsoft Corp mengumumkan konsol Xbox One barunya yang akan dilancarkan November ini di Amerika Syarikat (AS) akan dijual pada harga AS$499 (RM1,547), lebih tinggi daripada yang dijangkakan peminat konsol permainan video.
Harga itu adalah lebih mahal daripada konsol sekarang, Xbox 360, tetapi peranti baru datang bersama pengimbas gerakan permainan, Kinect untuk permainan bebas tangan.


Microsoft mengumumkan mengenai Xbox One awal bulan lalu sebagai langkah terbaru dalam persaingan dengan Nintendo Co Ltd dan Sony Corp dalam perniagaan permainan video di AS yang bernilai AS$65 bilion (RM202 bilion) setahun.

Ketika membuat pengumuman itu di Ekspo Hiburan Elektronik (E3) di sini, Microsoft berkata, konsol itu akan dijual di 21 negara, termasuk United Kingdom pada harga £429 (RM2,016).

Pengumuman harga itu mendapat rungutan majoriti penonton, yang sebahagian besarnya adalah peminat tegar permainan video yang mengharapkan tanda harganya yang lebih murah. Xbox One dengan kapasiti 8GB itu lebih mahal daripada permainan baru Nintendo, Wii U dengan kapasiti 8GB pada harga AS$300 (RM933)