Pages

Senin, 01 Juli 2013

GPS android

GPS android
Kompas kiblat dimasukkan dalam keluaran terbaru Garmin

Bayangkan kita bukan saja ditemani rakan yang boleh membawa ke mana saja destinasi.

Malah membolehkan kita memeriksa e-mel dengan penyambungan WiFi di mana-mana kawasan yang mempunyai keupayaan jalur lebar terbabit atau menggunakan hot spot peribadi telefon bimbit.
Memang hebat ciri-ciri yang terdapat pada alat sistem kedudukan global (GPS) terbaru keluaran Garmin, nuvi 3592LM.


Malah ia dapat memain semula kandungan multimedia seperti video menggunakan platform OS Android.

Dengan platform Android 4.0, banyak yang boleh dilakukan termasuk memuat turun aplikasi daripada Google Play dan kemudiannya dipamerkan di atas skrin GPS Garmin canggih terbabit.

Selain itu, spesifikasi perkakasan bertaraf tinggi iaitu dual core prosesor berkapisiti sehingga 1.2 GH2 dan RAM 1.5GB.

Sememangnya nuvi 3592LM lebih daripada sekadar memberi panduan arah kerana ia membawa pengalaman baru memandu pada zaman serba canggih dan pesat perubahan teknologi.
Melihatkan antara muka alat ini, menu pencarian pantas di sebelah kanan membolehkan kita mencari tempat menarik (POI) yang diinginkan.

Malah ikon POI tentu sekali memberi kejutan kerana ia dipaparkan di atas peta dan tidak perlu mencarinya di dalam menu. Selain itu, versi terkini teknologi One Shot Address Entry memberi peluang kepada pemandu menggunakan suara untuk mengaktifkan navigasi ke tahap baru. Beritahu nĂ¼vi 3592LM dengan menyebut Find Address dan cakap Full Adress alat GPS akan berfungsi serta merta.

Bukan setakat itu, ia juga boleh memainkan semula sebarang kandungan multimedia dan pelbagai format fail lain sambil membawa pengalaman hiburan terbaru. Ketika memandu, kita boleh menjawab dan membuat panggilan menerusi penyambungan pintar dalam GPS terbabit menggunakan bluetooth.

Sebagai menghargai sokongan pembeli, Garmin menyediakan pusat memuat turun tanpa memerlukan kita menghubungkan alat itu kepada komputer peribadi. Kita boleh membuat pendaftaran produk, kemas kini perisian atau maklumat peta.

Sementara itu, fungsi Travel Itinerary, Garmin menawarkan butiran sekiranya bercadang melancong ke tempat menarik di Malaysia dan Singapura. Pengguna bukan saja boleh mengambil maklumat yang dicadangkan terus tetapi boleh mengubahsuai mengikut kehendak sendiri.

Ketika memandu, kita boleh menjawab dan membuat panggilan telefon dengan menggunakan sambungan Bluetooh bagi menjamin keselamatan. Malah pengguna boleh mendengar pesanan audio menerusi GPS berkenaan.

Imej 3D bangunan dan laluan pasti memudahkan kita sampai ke tempat yang dituju dan peta kontur pada tahap zoom rendah sekali gus memberikan perspektif realistik laluan.

Tidak ketinggalan pandangan simpang ketika memandu membantu pengguna mengambil lorong di selekoh mendatang dan mengelak daripada membuat keputusan pada saat akhir.

0 komentar:

Poskan Komentar

silahkan memberi komentar terhadap artikel diatas

 
Design by panduan teknisi | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | panduan mikrotik