Alcatel-Lucent utamakan produk IP

Paris: Pengeluar peralatan telekomunikasi, Alcatel-Lucent akan memberi tumpuan kepada produk tetap dan mudah alih yang menunjukkan pertumbuhan tinggi dan mengecilkan operasi menerusi pengurangan kos sebanyak 1 bilion euro pada 2015 dalam usaha memacu semula keuntungan syarikat.

Rancangan baru itu yang dilancarkan semalam oleh Ketua Eksekutif baru syarikat itu, Michel Combes, turut merangkumi program jualan aset yang tidak dinyatakan antara 1 bilion hingga 2 bilion euro bagi membiayai semula hutang menjelang 2015, diikuti langkah pengurangan hutang 2 bilion yang mungkin membabitkan terbitan saham baru.
Alcatel-Lucent yang bersaing dengan Ericsson dari Sweden, Huawei (China) dan Nokia Siemens Networks tidak berjaya meraih keuntungan tetap dan menjana tunai sejak ditubuhkan menerusi penggabungan pada 2006.


Combes yang sebelum ini pernah menguruskan syarikat telekomunikasi mega Eropah, Vodafone, adalah ketua eksekutif ketiga yang akan cuba memperbaiki kumpulan itu.

Combes menjelaskan, kumpulan itu akan menyusun semula operasi dengan menjadi pemain pakar menerusi usaha penyelidikan dan pemasaran terhadap produk yang sedang mendapat permintaan tinggi iaitu protokol internet (IP) dan jalur lebar berkelajuan sangat tinggi dalam segmen mudah alih dan tetap.

Popular posts from this blog

Kode Singkatan Komponen Listrik Dan Elektronik

Cara Mengatasi E31 Canon MP258

Cara Mengukur Trimpot